Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Tak Boleh Salahkan Makcik Jaga Masjid Negara Tu Tegur….”-PU Syed

    [VIDEO] “Tak Boleh Salahkan Makcik Jaga Masjid Negara Tu Tegur….”-PU Syed

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini tular satu video di media sosial apabila seorang jemaah lelaki dipaksa untuk memakai jubah serta tudung oleh staff Masjid Negara.

    Video tular berkenaan turut mendapat respon oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi hantaran di Instagram, tampil mempertahankan staff Masjid Negara berkenaan yang menyangka jemaah lelaki itu adalah wanita.

    “Tak boleh nak salahkan mak cik yang jaga masjid negara tu tegur ‘lelaki berambut panjang’ supaya menutup aurat, sebab dia ingatkan lelaki itu perempuan.”-tulis PU Syed

    @mooi1999taylorsversion

    Penat la jadi lelaki Lawaaa 🥹🩵 auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???🧕🏼

    ♬ original sound – mooi99 – mooi99

    “Bukan Dibiar Terurai Macam Perempuan…”

    Akui menyimpan rambut itu hukumnya harus, PU Syed turut memberikan teguran agar pihak terlibat memakai sesuatu yang menunjukkan seperti lelaki yang sebenar.

    “Menyimpan rambut panjang itu harus, namun biarlah kena dengan gayanya. Bukan dibiar terurai macam perempuan.

    Datangkanlah kopiah satu atau kepala tu jika berada dalam masjid, atau pakailah sesuatu yang menunjukkan kita ni macam lelaki sebenar.”-tegur PU Syed

    View this post on Instagram

    A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

    Buat Permohonan Maaf

    Dalam pada itu, pihak Masjid Negara Malaysia tampil memberikan kenyataan rasmi di laman Facebook serta membuat permohonaan maaf atas kekeliruan pengawal keselamatan wanita tersebut.

    “Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan Pengawal keselamatan wanita tersebut. Untuk makluman, Pengawal Keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan. Pengawal Keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas.”-kenyataan pihak Masjid Negara Malaysia

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Ernie Zakri Bertemu Hael Husaini Buatkan Ramai Terhibur!-“Minat Betul Dia”



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts