Kharisma Music International selaku penganjur konsert Aisha Retno Malam Sutera memberitahu mereka terpaksa membatalkan konsert tersebut dek kerana jualan tiket tidak mendapat sambutan.
Terbaru, Aisha pula dilihat tampil mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan konsert solonya itu.
Tidak profesional
Menerusi rakaman sebuah video pendek yang dimuat naik di Instagram, Aisha mendakwa pihak penganjur tidak profesional susulan mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan konsert solonya. Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia mahu meneruskan konsert tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa susulan semua keputusan dibuat tanpa perbincangan.
Kalau diberi peluang saya nak lakukan konsert itu namun keputusan sudah dibuat dan tidak boleh buat apa. Mereka tidak mahu berbincang. Saya rasa penganjur kurang profesional dengan mengeluarkan kenyataan sebelum ini tentang konsert.
Sepatutnya perlu buat pengumuman umum terlebih dahulu dan maklumkan pada saya supaya saya tahu apa sedang berlaku.
Tambah Aisha, pembatalan konsert tersebut telah memberi kesan yang besar buat karier seninya selepas terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.
Kerugian itu saya perlu tanggung sehingga ada beberapa kerja saya perlu tarik diri disebabkan tarikh itu sebelum konsert. Saya juga tidak tahu apa-apa status tentang konsert ini sejak beberapa bulan lepas.
Berbicara lebih lanjut, Aisha berkata, setiap urusan berkaitan penganjuran konsert sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak penganjur.
Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran merupakan tugas penganjur tetapi mereka lemparkan tugas-tugas itu kepada produk (saya) dan saya tak rasa ia sepatutnya jadi begitu.
Sekadar info, Konsert Aisha Retno Malam Sutera sepatutnya berlangsung pada 16 November ini di Zepp, Kuala Lumpur. Namun, ia dibatalkan kerana jualan tiket rendah.
Video
View this post on Instagram