Nama penyanyi, Amira Othman menjadi bualan ramai selepas tercetus spekulasi dikatakan mempunyai ‘hubungan’ dengan aktor kacak, Fattah Amin. Lebih-lebih lagi, seorang lelaki yang berada dalam video rangkuman 2024 yang dimuatnaik oleh Amira didakwa oleh netizen bahawa itu adalah Fattah Amin.
Terkini, Amira menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, seolah-olah bakal mengumumkan sesuatu pada 10 Januari ini berserta kapsyen yang mempersoalkan mengapa ramai yang bertanyakan kepadanya bila akan mendirikan rumah tangga.
“Tak habis-habis ek mana pergi pun orang tanya bila nak kahwin? Bila nak kahwin? Awak ni siapa pula tetiba nak tanya saya bila nak kahwin? Eiiiii 🤬😒.”-kapsyen Amira di Instagram
View this post on Instagram
“Tak Baik Tau Mira Buat Prank Je…”
Perkongsian Amira mencetuskan pelbagai reaksi netizen serta rakan selebriti yang tertanya-tanya dengan apa yang bakal diumumkan oleh Amira pada esok hari, malah ramai yang berharap ianya bukanlah gimik untuk pelancaran lagu baharu.
“Okay kak kalau yang ni confirm approve!.”-Irfan Haris
“Faaa..hamm.”-Hawa Rizwana
“So bila nak kahwin?.”-Dayah Bakar
“Alaa gimik untuk lagu ke? Ingat betul-betul dengan Fattah huhu.”
“Jangan cakap gimik lagu. Kami mengharapkan betul-betul.”
“Tak baik tau Mira buat prank je. Kiteorang dah blushing kat sini.”
“So betul ke?.”
Sama-sama kita nantikan apakah pengumuman Amira Othman pada esok hari? Adakah sekadar gimik semata-mata? Apa komen anda?