Selepas menafikan khabar angin kononnya mahu mengahwinkan Aliff Aziz dengan aktres Ruhainies di Thailand, Siti Hafiza sekali lagi tampil bersuara berhubung isu tersebut.
Tak menolak takdir Allah SWT
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian video di Instagram, ibu kepada penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza tidak menolak sekiranya anak lelakinya itu berjodoh dengan aktres, Ruhainies.
Menurut Siti Hafiza, dia sebagai hamba Allah SWT tidak mampu menolak ketentuan-Nya sekiranya benar Aliff dan Ruhainies ditakdirkan bersama.
Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan.
Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan?
Dalam pada itu, Siti Hafiza berharap agar mana-mana pihak untuk berhenti menyebar fitnah terhadap keluarganya.
Saya pun tertanya juga siapa yang temu bual saya eh?
Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini.
Meskipun kesal dan terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, namun Siti Hafiza mendedahkan sudah ikhlas memaafkan individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu.