Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akui lebih memilih untuk bersikap berterus terang sebelum melonjak ke alam perkahwinan demi kebaikan di masa hadapan.
Tak pandai masak
Menurut satu sesi temu bual podcast, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat jujur memberitahu suaminya, Nabil Mahir yang dirinya tidak pandai memasak sebelum bernikah.
Kalau dengan parents kita pandai-pandai la, tapi saya sentiasa menjadi diri sendiri bila keluar, dengan peminat.
Saya memang daripada awal, sebelum saya kahwin, saya dah bagitahu Nabil yang saya tak pandai masak dan tak suka masak.
Berikutan daripada itu, Ayda, 32, memaklumkan bahawa suaminya yang merupakan seorang pengacara, Nabil Mahir, menerima hal tersebut dengan hati yang terbuka.
Terus terang
Dalam pada itu, pelantun suara “Pencuri Hati” merasakan pentingnya untuk memberitahu awal tentang hal sedemikian sebelum mendirikan rumah tangga.
Kalau suami tu okay perlahan-lahan okay lah, kalau tak, benda sebegitu akan jadi depresi dari cinta.
Untuk rekod, Ayda selamat diijab kabulkan bersama pasangan pilihannya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021 dan cahaya mata kedua, Aali Mateen pada 12 Disember 2023.