Penyanyi dan pelakon Fareez Fauzi berkongsi keadaan bahagian belakang badannya yang mengalami kecederaan akibat dipukul dengan getah paip oleh pelakon senior, Noorkhiriah.
Kena tengok cerita ni
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Fareez yang merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati itu memberitahu kejadian tersebut berlaku semasa mereka sama-sama menjayakan drama berjudul ‘Singah’ yang kini masih dalam proses penggambaran.
Nak kongsi sikit pengalaman berlakon dengan Kak Noor (Khiriah). Ini dia penangan Noorkhiriah. Kak Noorkhiriah tak pukul kuat pun, getah paip memang berbisa. Korang kena support tengok ramai-ramai cerita Singah ni.
Menerusi video tersebut juga, Khiriah turut meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka badan Fareez mengalami kecederaan sebegitu akibat perbuatannya.
Berikutan daripada itu, Khiriah membuat permohonan maaf kepada Fareez dan Fauzi .
Jujur saya tidak pukul kuat, tapi tak sangka berbirat sampai begitu. Kepada abang Fauzi, saya minta maaf. Bisa rupanya getah paip.
Video
View this post on Instagram