Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Takkan Nak Makan Pasir’ – Hasif Upin Dedah Pihak Pengurusan Suruh...

    [VIDEO] ‘Takkan Nak Makan Pasir’ – Hasif Upin Dedah Pihak Pengurusan Suruh Kosongkan Rumah Sewa Dalam Tempoh 10 Hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nampaknya, kemelut di antara penyanyi Hasif upin dengan syarikat pengurusannya masih berterusan apabila Hasif mendakwa dia perlu mengosongkan rumah sewa yang sedang didudukinya itu secara mengejut.

    Lebih teruk, Hasif mendakwa tindakan tersebut dibuat tanpa alasan yang munasabah.

    Perlu kelangsungan hidup

    Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Hasif mendakwa, pihak pengurusannya telah mengambil 70 peratus keuntangan daripada setiap tawaran yang diperoleh olehnya. Lebih menyedihkan, Hasif atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Sharuddin memberitahu, dia cuma mempunyai RM600 untuk hidup selama empat bulan.

    Assalamualaikum semua. Ramai yang bertanya tentang desas desus kenapa Hasif tak keluar single baru dan yang paling ketara di mana pihak pengurusan saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersyukur dengan apa yang pihak pengurusan saya telah berikan. Sejujurnya, Hasif sangat berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang pihak pengurusan telah sediakan sepanjang bersama dengan Armani Entertainment Group.

    Sebagai artis Armani, saya tidak pernah menidakkan apa yang telah mereka lakukan untuk saya. Sebelum saya setuju untuk tandatangan kontrak, saya adalah content creator di mana pendapatan saya dari Youtube berjumlah usd 4k ke usd 6k sebulan. Sebelum dengan Armani pun, pengikut saya di Tiktok sudah berjuta dan Instagram sudah ratus ribu.

    Apabila saya disunting pihak Armani, mereka menawarkan kontrak untuk tempoh tujuh tahun campur dengan tiga tahun di mana pihak pengurusan akan ambil 70 peratus dan saya akan diberi hanya 30 peratus dari semua job yang saya dapat.

    Kontrak ini 360 darjah. Saya ada bertanya kenapa pihak pengurusan punya potongan sangat tinggi dan mereka kata bahawa mereka akan menanggung semua urusan saya termasuk makan minum, tempat tinggal, rambut, make-up, styling dan memastikan juga kelangsungan hidup saya akan berterusan.

    Kontrak dibuat dalam Bahasa Inggeris dan orang seperti saya tidak fasih dan faham sangat. Tetapi saya setuju untuk tandatangan kontrak itu hanya berlandaskan keterangan dan janji yang diberikan oleh pihak Armani.

    Tambah Hasif, sebagai penyanyi, pelakon dan content creator, sumber pendapatannya hanya bergantung kepada undangan persembahan dan kempen di media sosial.

    Sejak Jun 2024, saya hanya menerima tawaran kerja yang hanya bernilai RM600 sahaja sehinggalah sekarang. Tiada apa-apa tawaran yang diberikan kepada saya. Tanya pasal kerjaya muzik, mereka memberi pelbagai alasan. Rangka promosi pun tiada untuk lagu single saya Jakarta Kuala Lumpur.

    Dalam kontrak tak ada limit setahun. Saya terlampau mempercayai mereka. Tak pernah diberi salinan kontrak. Saya tak pernah minta sebab gembira dengan apa yang syarikat beri kepada saya sehingga baru-baru ini minta salinan, beribu alasan yang diberikan.

    Empat bulan nak hidup dengan RM600 cukup ke?

    Diberi notis 10 hari

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by abangupinipin (@hasif_upin)

    Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Waktu’ ini turut terkejut apabila mendapat notis untuk keluar dari rumah sewa dalam tempoh masa 10 hari.

    Selain itu, saya diberi notis 10 hari untuk keluar dari rumah yang disediakan. Macam mana saya nak pack barang dan urus semua benda untuk pulang ke kampung halaman saya iaitu di Kota Tinggi Johor. Tempoh begitu singkat dan hanya dengan berbekalkan wang yang saya ada, nasib baik ada hamba Allah yang baik hati dan ikhlas untuk menolong saya tambah lagi sebulan.

    Saya tahu mereka rasa saya tak kenang jasa, sejujurnya saya kenang jasa mereka yang membawa budak kampung ini ke pentas industri hiburan. Tapi jangan cakap saya tak bantu langsung. Saya tak berkira dengan mereka. Takkan saya nak makan pasir.

    ALSO READ:  Kenangan Manis: Fauziah Sarman Berkongsi Foto Anak-Anak dari Dulu Hingga Kini, Memperlihatkan Rasa Rindu yang Mendalam

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts