Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 8, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy,...

    [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Cahaya mata kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, iaitu Dzahira Talita Zahra berkongsi salah satu sebab mengapa dia mahu menyanyi.

    Sebab mahu menyanyi

    @jumaidialijunaid

    Talita kongsi sebab2 dia nak mula menyanyi. salah satu puncanya sebab orang dah tak suka daddy @shuibsepahtu #talita #shuib #dekta #sitisarahraisuddin #anakbaik

    ? original sound – JumaidiAliJunaid – JumaidiAliJunaid

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shuib bertanya kepada anak perempuannya itu apakah punca dia memilih untuk menyanyi.

    Kenapa tiba-tiba nak menyanyi? Ada sebab-sebab lain ke mimpi?

    Menurut Talita atau mesra disapa Dekta itu, dia merasakan ramai yang tidak menyukai bapanya.

    Justeru, menerusi nyanyiannya, kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut mahu orang ramai kembali menghargai Shuib.

    Tak ada.

    Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi saya nak buat orang suka dengan daddy balik.

    Daddy selalu minta untuk doakan daddy.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar jawapan Talita dan dalam masa yang sama, mereka meminta semua pengguna media sosial menjaga penulisan ketika meninggalkan komen.

    Sebab itu jangan tulis bukan-bukan di komen. Anak-anak akan baca, sedih bila anak baca ibu bapa dikecam macam-macam.

    Dia ada telefon dan dia boleh baca apa netizen komen termasuk komen yang bukan-bukan.

    Talita macam arwah ibu, selalu lindungi dan backup daddy.

    Hati-hati nak komen dalam media ni.

    Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.

    Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.

    ALSO READ:  [VIDEO] Betty Rahmad Minta Netizen Jangan Komen Negatif Artis Sertai Majlis Ilmu – ‘Mereka Pun Nak Belajar Termasuk Diri Saya’

    Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts