Seorang bapa mencuri perhatian apabila menitiskan air mata sewaktu menghadiri majlis konvokesyen anaknya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.
Sebak anak berjaya genggam ijazah
@fshrazdidnt notice it at first, hence…. I’ll always love you forever Ayah, my first love.? Ayah – Seventeen
Menerusi perkongsian di TikTok, graduan yang dikenali sebagai Fatin itu berkongsi momen disambut bapanya di bahagian luar dewan istiadat konvokesyen tersebut.
Dapat dilihat, Fatin dipeluk dan dicium bapanya yang sedang menangis melihat kejayaannya itu.
Jelas Fatin, dia yang pada awalnya tidak menyedari akan momen sebak itu lantas menangis selepas melihat tangisan yang keluar daripada bapanya.
Tak perasan langsung pada awalnya (ayah menangis).
Saya akan sentiasa menyayangi ayah, cinta pertama saya.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut sebak melihat momen dua beranak itu.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 684,000 tontonan dan lebih 104,000 tanda suka.