Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tangkap, Bakar, & Makan! Memancing Atas Tasik Beku Di Korea Ini...

    [VIDEO] Tangkap, Bakar, & Makan! Memancing Atas Tasik Beku Di Korea Ini Harus Ada Dalam ‘Bucket List’ Anda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Memancing Ais atau ice fishing adalah sesuatu aktiviti yang tidak mungkin berlaku di Malaysia. Ini kerana aktiviti memancing ini hanya di negara yang bermusim sejuk atau salji, seperti Amerika Syarikat, Benua Eropah, Korea Selatan, Jepun dan negara lain di dunia.

    Tidak semudah yang disangka! Memancing di atas ais memerlukan fizikal yang kuat seperti mampu menahan cuaca sejuk yang lama.

    Jadi jom ke Hwacheon, sebuah bandar terpencil di wilayah timur laut Gangwon, Korea. Apabila musim sejuk tiba, sekumpulan pemancing di sini melepaskan hobi mereka memancing di tasik beku.

    Sama seperti tahun-tahun terdahulu, kali Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2024  berlangsung selama 23 hari hingga 28 Januari di Hwacheon. Di sini ramai akan menangkap ikan jeni Sancheoneo iaitu spesies ikan trout yang diketahui hanya hidup dalam air tawar yang sangat bersih.

    Penganjur berkata, tahun ini mereka telah untuk melepaskan 160 tan sancheoneo ke dalam sungai beku seluas 61,654 meter persegi semasa perayaan tahun ini. Mereka juga  membuka kawasan perikanan dan rehat warga asing sahaja, menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing tahun ini.

    Kalau anda nak tahu, Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 telah diadakan di Pyeongchang, Gangwon. Baru-baru ini, AirAsia X mempelawa kami untuk rasai sendiri pengalaman musim sejuk di Gangwon dan ada banyak tempat menarik yang kami pergi.

    MURAI MY bertuah kerana berpeluang menikmati pengalaman ini dan kami percaya memancing di atas ais harus ada dalam ‘BucketList’ anda.

    MURAI MY dijemput oleh AAX (AirAsia X) dan Korea Tourism Organization dengan kerjasama Gangwon State . Kami di bawa meneroka musim sejuk yang menakjubkan di wilayah timur laut Korea Selatan itu selama 8 hari. Antara tempat menarik yang dikunjungi seperti, Nami Island, Samaksan Cable Car, Alpaca World , Oak Valley Ski dan banyak lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Selebriti & ‘Influencer’ Malaysia Diterbangkan Ke Korea Selatan Untuk Sukan Olimpik?

    Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2024

    Aktiviti di mulakan dengan membuat lubang di tengah lapisan ais tebal yang menutupi permukaan tasik. Walaupun udaranya sejuk dan kadangkala membuatkan tangan terasa beku, kami tetap seronok menikmati hobi ini.

    Memancing ais sangat popular di kalangan beberapa orang Korea. Bagi penduduk yang biasa dengan udara sejuk, memancing ais sudah menjadi budaya tersendiri. Namun, hobi ini juga boleh dijadikan perniagaan yang menguntungkan untuk menjual peralatan memancing ais, daripada peralatan memancing sehinggalah pemanas yang menghangatkan badan pemancing.

    Terdapat banyak lubang di lokasi untuk kami memancing dan petugas di sini akan membantu anda ketika menangkap ikan.

    Selepas memancing, anda boleh menikmati ikan bakar anda yang baru ditangkap dan ketahui bagaimana rasanya selepas itu!

    Selepas itu, luangkan sedikit masa mencuba pelbagai aktiviti ais yang ditawarkan seperti naik eretan, bobsledding, bola sepak ais, luncur ais dan banyak lagi keseronokan musim sejuk.

    Kami sangat menikmati perjalanan ini sangat disyorkan. Anda boleh menangkap seberapa banyak ikan yang anda boleh dan hanya boleh dihidangkan seekor ikan setiap orang semasa waktu bbq. Siapa sangka ikan sancheoneo ini segar dan lazat.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts