Kemesraan antara pelakon Riena Diana dan Keith Foo tidak dapat dinafikan lagi apabila mereka sering berkongsi momen bersama di media sosial.
Bercinta?
@milahbunga HAHAH ! Kelakar jugakkk ea duaorang ni ??? #fypdongggggggg #foryourpage #foryoupageofficiall #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #trending #rienadiana #keithfoo @riena diana @Keith Foo Official
? original sound – Milah Bunga – Milah Bunga
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Riena dan Keith sedang menikmati makanan laut di sebuah restoran.
Dalam nada berseloroh, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal itu menjawab soalan warganet tentang bagaimana mereka jatuh cinta dengan mendedahkan bahawa aktor itu yang mahu memilikinya terlebih dahulu.
Tanya Keith la, sebab dia yang tergilakan saya. Ceritalah jangan malu-malu, jangan malu-malu sayang.
Cerita sahaja macam mana awak tergilakan saya. Benda baik jangan malu.
Hampir nak bomoh, sebab terlampau sukakan Riena Diana. Sebab saya tak pandang dia.
Dalam pada itu, aktres berusia 26 tahun tersebut turut menyifatkan Keith sebagai seorang lelaki yang kelakar namun tegas.
Dia sebenarnya seorang yang kelakar walaupun tak tunjuk sangat tapi dia sangat tegas.
Saya ni susah nak dengar cakap orang, tapi cakap Keith saya dengar juga. Husband material.
Riena sebelum ini memberitahu dirinya dan Keith mempunyai banyak persamaan selepas menjalani penggambaran untuk drama terbaharu di slot Samarinda yang berjudul Salju Rindu.
Terdahulu, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.