Penyanyi, Taufik Batisah meraih pujian ramai apabila video dirinya menjadi bilal di sebuah masjid di Singapura tular di TikTok.
Jadi bilal solat Jumaat
@planb.sgJuara Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah, telah dijemput oleh Masjid Darussalam di Clementi sebagai bilal solat Jumaat pada 14 Jun. Bahkan, ini bukan kali pertamanya. Taufik pernah menjadi bilal jemputan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum ini. Credits: musbatisah? original sound – Plan B
Menerusi video dimuat naik @planb.sg, Taufik atau nama sebenarnya Muhammad Taufik Batisah difahamkan telah dijemput untuk menjadi bilal ketika waktu solat Jumaat di masjid berkenaan.
Dapat dilihat, Taufik mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan suara lunak dan merdu.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan pujian ramai.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya dilihat tidak dapat menyembunyikan kekaguman mereka terhadap keboleh Taufik dan memuji pelantun lagu ‘#AwakKatMane’ itu.