Seluruh rakyat Malaysia berdebar semasa menonton perlawanan badminton yang berlangsung di Olimpik Paris 2024 termasuk anak kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah.
Alisa sorak untuk Zii Jia
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik Hairul di Instagram (IG), puterinya itu dilihat sedang berada di hadapan televisyen sambil menonton perlawanan badminton antara Malaysia menentang Perancis.
Jelas kelihatan keterujaan di riak wajah Alisa apabila bapanya bertanya tentang momen ketika Lee Zii Jia datang ke rumah mereka.
Ingat tak Alisa ‘smash’ dia? Dia dekat belakang Alisa tu.
Ya, saya ingat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah dan kecomelan Alisa yang begitu meminati Zii Jia.
Peminat nombor satu.
Patut la menang ada penyokong kuat dekat Malaysia.
Tengok perlawanan ni je teringat Alisa nangis nak jumpa Zii Jia. Comel Alisa.
Terdahulu, pemain perseorangan negara itu pernah membuat kejutan untuk Alisa dengan mengunjunginya ketika berada di rumah.
Anak bongsu kepada aktor itu gembira apabila dapat bertemu dan meluangkan masa bermain badminton bersama Zii Jia.
Sekadar info, Zii Jia menepati ramalan untuk mara ke suku akhir apabila berjaya mengalahkan lawannya Toma Junior Popov pada Khamis.
Bekas juara All England 2021 itu bakal berdepan pula dengan pemain Denmark, Anders Antonsen di suku akhir.