Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Telatah Anak-Anak Hanis Zalikha Raih Perhatian Ramai!-“Kecil-Kecil Dah ‘Deep Talk'”

    [VIDEO] Telatah Anak-Anak Hanis Zalikha Raih Perhatian Ramai!-“Kecil-Kecil Dah ‘Deep Talk'”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Hanis Zalikha Zainal Rashid, atau lebih dikenali sebagai Hanis Zalikha yang merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita di Malaysia.

    Hanis Zalikha merupakan anak kedua dari tujuh beradik yang memulakan kerjayanya pada tahun 2008 dalam dunia peragaan. kemudian namanya melonjak naik selepas menyertai beberapa rancangan realiti televisyen sehingga ketika itu pencarian namanya di google mengatasi penyanyi no 1 Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.

    Selepas dari itu, Hanis Zalikha telah berlakon lebih dari 20 filem serta drama sebelum mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti dalam bidang hiburan. Hanis Zalikha telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Hairul Azreen dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

    “Lembut Je Yusuf Iskandar Cakap Dengan Adiknya Tu”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hanis Zalikha yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 897 ribu, tanda suka sebanyak 84 ribu dan sebanyak 206 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Yusuf Iskandar yang memberitahu adiknya supaya membayangkan keberadaan ibunya di sekolah walaupun sebenarnya dia tidak berada disitu.

    @haniszalikha

    😂👻

    ♬ original sound – Hanis Zalikha – Hanis Zalikha

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Yusuf seorang abang yang penyayang dan sangat berlembut dengan adiknya itu.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts