Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Telatah Anak Ernie Zakri Ikut ‘Jogging’ Raih Perhatian Ramai!-“Ketiak Lala Melekit...

    [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri Ikut ‘Jogging’ Raih Perhatian Ramai!-“Ketiak Lala Melekit Laaa..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Riuhnya Mulut Dia, Comel Betul Lala Ni”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 7 ribu, tanda suka sebanyak 788 dan sebanyak 60 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan telatah anak Ernie Zakri dan Syamel yang mengikut mereka bersenam untuk mengekalkan kesihatan dalaman. Dalam video tersebut juga, menunjukkan Khawla atau nama panggilan Lala seorang kanak-kanak yang ceria dan pandai berkata-kata.

    @ernienator.my

    Replying to @non.abella08 TONTON SAMPAI HABIS KALAU NAK TENGOK LALA MAJUK !! 🤭 After so long, BMKN comeback dengan video baru 😍 Tonton video penuh “Jogging With Lala” di youtube channel BANGMEL & KAK NINIE ❤ #erniezakri #syamel #khawlasoleha #bmkn #vlog #masingmasing #fyp #4u #foryoupage #fypviralシ

    ♬ original sound – 𝗘rnie 𝗭akri 𝗠𝗬 – 𝗘rnie 𝗭akri 𝗠𝗬

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Lala sangat comel dan ragamnya membuatkannya disenangi ramai. Apa-apa pun, semoga Lala membesar menjadi anak solehah dan taat serta berbakti kepada ibu bapanya.

    ALSO READ:  Noorkhiriah Terharu Lihat Sokongan Peminat Buat Bell Ngasri-“Betapa Rakyat Malaysia…”

    Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts