Farah Nabilah Saipuddin merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia Memulakan kerjayanya dalam iklan komersial pada tahun 2011, kerjaya lakonan Farah bermula pada 2012. Beliau mencapai kejayaan komersial dan melonjak naik menerusi drama lakonannya termasuk Titian Cinta (2017), Papa Ricky (2017) dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).
Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018 dan Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Beliau merupakan anak sulung daripada enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan kepada pasangan Datuk Saipuddin bin Ahmad dan Datin Haslina binti Ismail. Farah Nabilah memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, Universiti SEGi.
“Nak Buat Sama-Sama Dengan Mummy”
Baru-baru ini, tular satu vidoe yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Farah Nabilah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 303 ribu, tanda suka sebanyak 17 ribu dan sebanyak 83 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Farah Nabilah bersama anak lelakinya sedang membuat kek brownies. Telatah lucu anaknya juga dapat dilihat di dalam video tersebut.
@farahnabilahofficial Lets bake brownies together
♬ original sound – farahnabilah – farahnabilah
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Netizen juga mengatakan bahawa Farah Nabila nampak cantik dan anggun walaupun telah mempunyai dua orang anak. Tambah mereka lagi, mereka mahukan lebih banyak video memasak dari Farah Nabilah dan anaknya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?