Dalam video baharu yang dikongsikan, penampilan Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan yang menyambut ulang tahun anak mereka, Aaradhya Rai Bachchan telah menepis khabar angin perceraian pasangan ini.
Sebelum ini, warganet terutamanya peminat mengatakan Abishek tidak menyambut ulang tahun ke-13 anaknya itu memandangkan Aishwarya berkongsi gambar tanpa suaminya itu.
Seolah-olah mahu membantu pasangan ini untuk jelaskan situasi sebenar, penganjur parti hari jadi Aaradhya berkongsi video baharu mengesahkan Abishek sebenarnya hadir ke parti itu.
View this post on Instagram
Dalam video yang dikongsinya, Aishwarya dan Abishek mengucapkan terima kasih kepada penganjur parti kerana mengadakan parti ulang tahun yang sangat istimewa.
Pasangan itu, dalam video solo mereka, mendedahkan pengajur parti tersebut telah mengatur parti ulang tahun Aaradhya selama 13 tahun.
View this post on Instagram
Melihatkan video solo pasangan itu berterima kasih membuatkan ramai yang dapat mengesahkan kedua-duanya berada di parti untuk meraikan ulang tahun anak perempuan mereka.
View this post on Instagram
Sekadar info, video ini muncul selepas beberapa minggu Aishwarya berkongsi beberapa gambar, menandakan ulang tahun ke-13 Aaradhya tanpa Abishek di sisi.