Sepanjang bulan Ramadan ini, terlalu banyak restoran dan hotel di ibukota menawarkan promosi Buffet Ramadan untuk berbuka puasa dengan harga yang menarik. Ada yang mencecah sehingga RM350 dan ada boleh didapati pada harga dibawah RM100.
Tapi tidak semua restoran dan hotel ini menjanjikan kualiti makanan yang memuaskan. Maklumlah, bila kita dah bayar mahal, mestilah mahu yang terbaik dan berbaloi-baloi.
Walaubagaimanapun kami tertarik dengan Ramadan Buffet yang di tawarkan oleh Novotel KLCC. Novotel KLCC menawarkan Sajian Warisan Untuk Iftar Ramadan 2023 Di Food Exchange, Aras 1.
Sebelum MURAI huraikan lebih jauh, perkara pertama yang kami ingin kongsikan adalah hampir kesemua sajian yang disediakan sedap-sedap belaka. Kami berpendapat Novotel KLCC benar-benar menjaga kualiti makanan agar tetamu mendapat pengalaman menikmati makanan dengan baik sekali. Jom tengok video di bawah.
Novotel KLCC memberi jaminan kepada anda semua bahawa sajian mereka terdiri daripada hidangan mewah yang menambat selera kita semua termasuklah Novo Kambing Golek, Trio Grande Siakap, yang menggabungkan tiga kaedah memasak masakan yang digoreng dan dibakar dengan ketuhar dengan masakan India, Cina dan Gaya perapan Barat, dan Sup Gear Box Merah, serta Shawarma dan Roti John Nana Tanjung. Terlalu banyak untuk sebutkan!
Menu-menu lain yang sangat dinanti-nantikan termasuk Mee Kuali Besar dari gerai live-action, dan pelbagai makanan lain untuk dipilih, hidangan lazat Ayam Pongteh asli dan Novo Bubur Cha Cha yang terkenal, serta sebagai Puding Di Raja yang tidak patut anda lepaskan!.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis pembuka selera yang sesuai untuk kita memulakan sajian berbuka puasa. Sebahagian daripadanya termasuk Ulam-Ulaman Kampung kegemaran rakyat Malaysia, beberapa pilihan ikan masin, tauhu sumbat, pelbagai Kerabu dan sambal, dan hidangan buah-buahan tempatan.
Ramadan buffet Ulek Beach Resort ini menawarkan pelbagai pilihan main course, appetizer , dessert dan minuman segar . Terdapat juga sembilan gerai yang diberi sempena nama-nama bunga yang menjadikan berbuka puasa di sini suatu pengalaman yang unik untuk huda sekeluarga.
Juadah berbuka puasa di sini juga tidak sama setiap hari, ada perubahan mengikut hari yang di tetapkan oleh pihak hotel. Jom layan gambar-gambar yang sempat huda rakamkan sepanjang berbuka puasa di Ulek Beach Resort.
Dan ini paling best! Anda boleh menikmati pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan khas di ruang isitimewa di mana anda boleh menemui banyak kuih-muih tradisional, aiskrim, aneka bubur, kuih muih dan banyak lagi. Jangan lupa cuba Creme Brule, memang sedap!
Kini Hanya RM 118 nett Seorang
Bufet ini disediakan dari 27 Mac 2023 (5 Ramadan 1444) hingga 20 April 2023 (29 Ramadan 1444). Oh ya, jangan lupa ambil peluang sekarang untuk menikmati Promosi terkini iaitu untuk masa terhad pada harga eksklusif RM118 untuk seorang tapi haruslah dalam kumpulan 5 orang dan ke atas dan Beli 10 Percuma 1.
Sila ambil perhatian bahawa diskaun 40% untuk kanak-kanak dan warga emas tidak terpakai untuk tawaran pembelian awal. Tempahan boleh dibuat melalui ;
- WhatsApp: 016 229 9274
- Email: [email protected]
Untuk butiran lanjut boleh berkunjung ke media sosial, di Facebook, dan Instagram.
Credit: Selera – Murai MY