Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming dilihat masih bertungkus lumus dalam menyumbang barang keperluan mangsa banjir di pusat pengumpulan yang dikendalikannya untuk diagihkan di seluruh Kelantan.
Malah, dia turut memuji usaha orang ramai yang hadir memberikan tajaan bantuan barangan keperluan termasuklah makanan kering, pakaian, lampin pakai buang, susu bayi dan ubat-ubatan.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Khairul Aming menerusi video sesi live yang dimuatnaik di Instagram, menunjukkan setiap barangan bantuan yang diberikan oleh orang ramai kepada seluruh mangsa banjir di Kelantan.
“Tengoklah betapa baiknya orang kita. Terima kasih semua.”-tulis Khairul Aming di Instagram
View this post on Instagram
Netizen Terharu!
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat usaha orang ramai yang bekerjasama membantu pihak yang memerlukan, malah ramai yang menitipkan doa agar banjir yang melanda Kelantan kembali pulih.
“Bila KA decide untuk tidak terima sumbangan duit, sedikit sebanyak membuka rezeki untuk peniaga di mana orang akan cari kedai-kedai untuk membeli barang keperluan dan membuat sumbangan.”
“Terima kasih semua orang orang baik, semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, semoga Tuhan balas segala kebaikan anda semua di dunia & di akhirat wahai orang orang baik 🤍.”
“Banjir Core versi KA 😄 tahniah KA and team & orang awam yang hulur sumbangan🙌🏼👏🏻.”
“Sebak pulak tengok🥹, terima kasih semua orang baik, moga dirahmati Allah selalu, diberi rezeki seperti air zam zam, dan dipanjangkn umur, aamiiin.”
Sama-sama kita doakan agar banjir di Kelantan kembali pulih. Apa komen anda?