Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Terima Kasih Daddy Buktikan Pada I Kahwin Tu Memang Lagi Seronok...

    [VIDEO] ‘Terima Kasih Daddy Buktikan Pada I Kahwin Tu Memang Lagi Seronok Dari Bercinta’ – Watie Hanifiah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tanggal 23 Jun 2024, genap setahun mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur atas kehadiran suami dan anak-anak dalam hidupnya.

    Ucapan romantis Watie buat Shuib

    Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah akui suaminya itu sentiasa ada disampingnya dikala susah dan senang. Malah sanggup menerima segala kelemahan dan kekurangan dirinya.

    Suatu masa yang lalu..Disaat semua mata memandang i tak akan mampu buat sesuatu yang baik, jadi yang terbaik tapi Daddy selalu yakin dengan i. Daddy selalu pertahankan i walaupun saat tu Daddy cuma kenal i 4 bulan.

    Tidak dapat menggambarkan betapa bertuahnya memiliki Shuib sebagai suami, Watie bersyukur kerana suaminya itu bertanggungjawab membimbing dirinya termasuk dari segi pemakaian.

    Terima kasih sebab selalu namapk kebaikan dalam diri i yang serba kekurangan. Terima kasih sudi jadi suami i, bimbing i dari i seksi sampai dah bertudung. Terima kasih selalu puji i cantik walau kadang i selalu comot.

    Terima kasih selalu puji i isteri yang baik walau kadang Daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk. Terima kasih selalu puji i masak sedap walau kadang i suruh Daddy makan telur dengan sambal hitam je.

    Terima kasih untuk segala kata-kata pujian Daddy yang selalu buat I senyum ketawa dan happy. Terima kasih sebab dah buktikan pada I kawin tu memang lagi seronok dari bercinta! Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian dari suami tercinta.

    Dalam pada itu, Watie menitipkan doa dan berharap agar Shuib terus menjadi seorang bapa dan suami yang baik.

    Dan akhir sekali, ingat tau, I selalu rasa bersyukur sangat-sangat Allah izinkan I celik mata bangun tido I dah ada suami di sebelah.

    Kalau satu hari nanti I dah tak ada. Daddy baca caption IG i selalu ok. Semoga Daddy terus kekal jadi ayah dan suami yang baik macam ni sampai hujung nyawa.

    Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watiepada 23 Jun 2023.

    ALSO READ:  Shah Rukh Khan Jawan: Shah Rukh Khan fondly referring to 'Jawan' composer Anirudh as 'beta' has Twitter in a tizzy

    Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts