Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Farid Kamil menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 tahun.
Sambut bersama keluarga
@diana.danielle ? original sound – Diana Danielle – Diana Danielle
Isteri kepada aktor tersebut iaitu Diana Danielle memuat naik di TikTok, video kejutan sempena ulang tahun kelahiran Farid yang dirai secara kecil-kecilan bersama anak-anak mereka.
Diana dan anak-anaknya menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi sebelum Farid membaca doa dan meniup lilin di atas kek.
Pelakon filem Anak Halal itu kemudian mengucup isteri serta anak-anak dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Three of you are the greatest gifts in my life.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat momen indah keluarga dua selebriti itu.
Dalam masa yang sama, warganet juga mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Sederhana tu yang bahagia, happy family. Happy birthday Farid, till jannah.
Tak tahu kenapa tapi sebak pula rasa. Setelah banyak jatuh bangun, awak berdua sebenarnya mengajar saya bahawa cinta bukanlah sebuah dongeng, cinta adalah sebahagian daripada kehidupan. Hidup adalah realiti dan cinta adalah sebahagian daripada kehidupan.
Alhamdulillah, tumpang seronok tengok kasih bertaut kembali, yang penting hidup kena saling beralah.
Terdahulu, Farid dan Diana bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.