Anak kepada pelawak, Achey iaitu Tiara sekali lagi meraih perhatian netizen dengan permintaannya diluar kotak.
Nak jadi macam Talita
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Tiara atau nama penuhnya Nur Tiara Zinnirah menunjukkan minatnya untuk menyanyi seperti anak kepada pelawak, Shuib iaitu Talita yang tular baru-baru ini.
Pada perkongsian itu, dilihat Tiara menuju ke arah Achey untuk memberitahu hasratnya.
Ayah, Tiara nak jadi macam Dekta.
Nak menyanyi dekat Lotus.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah terkedu dengan permintaan Tiara sekali gus terhibur dengan kerenah anaknya.
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Tiara yang mendengdangkan lagu sekolah apabila disuruh untuk menyanyi. Selain itu, warganet turut mendoakan Tiara agar membesar menjadi seorang insan yang berguna dan solehah.