Seorang wanita mengandung mencuri perhatian apabila berkongsi rasa gembira selepas berjaya membeli makanan yang diidamkannya selama tiga hari.
Dijual di Penjara Kajang
Menerusi TikTok, wanita yang dikenali sebagai @Ashfazieraa memaklumkan sudah tiga hari dirinya mengidam untuk membeli dan memakan karipap kambing namun hajatnya itu tidak dapat dipenuhi.
Ini kerana, karipap tersebut hanya dijual di Penjara Kajang dan sangat sukar untuk dibeli kerana mendapat permintaan.
Hari pertama pergi sekitar jam 4 petang tapi pegawai yang jaga pintu masuk penjara cakap kedai yang jual karipap itu sudah tutup.
Esoknya saya datang lagi pada jam 12 tengahari tetapi kecewa lagi sebab karipap kambing dah habis. Bukan saja karipap kambing, tapi karipap lain pun habis.
Tidak berputus asa, wanita ini pergi semula ke Penjara Kajang buat hari ketiga berturut-turut untuk membeli karipap yang diidamkannya itu.
Jam 8.50 pagi saya dah sampai tapi masuk je kedai itu, karipap masih belum sampai.
Saya kemudiannya pergi ke kafe di penjara untuk nikmati sarapan pagi dan lama menunggu, hampir tiga jam.
Perut dah ‘cramp’ tapi tak apa, dengan harapan dapat juga karipap itu.
Setelah berjam lamanya menunggu, wanita berkenaan akhirnya berjaya mendapatkan karipap tersebut dengan bantuan seorang pegawai penjara yang terlihat dirinya menunggu lama di kafe makan.
Pegawai itu bawa saya jumpa seorang sarjan yang boleh tolong dapatkan karipap itu.
Sarjan itu kata kalau saya tak datang jumpa dia mungkin saya tak dapat beli karipap itu sebab permintaan tinggi sampaikan ke ‘que’ untuk membelinya.
Alhamdulillah, dapat juga rasa karipap itu. Sedap sangat.
Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memahami perasaan terharu dan sebak wanita itu yang akhirnya mendapat makanan yang diidamkannya.
Video
@ashfazieraa Karipap kambing penjara kajang ?@Muhamad Iman ? original sound – user93244148287