Seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Mirzan Johor mencuri perhatian apabila mendedahkan harga sebenar beg berjenama mewah milik pelakon dan usahawan, Wawa Zainal.
Beg cecah RM80,000
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik, Mirzan memaklumkan harga beg milik Wawa itu boleh mencecah sehingga RM80,000 bagi satu unit.
Menurut Mirzan, setiap beg yang saiznya lebih kecil akan dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan beg yang bersaiz besar.
Beg ini adalah Hermes Birkin 30 tak silap saya dan ‘material’ dia adalah epsom.
Beg milik Wawa ini harga dia ‘tidaklah’ mahal sangat, kalau ‘resell’ harganya cuma RM80,000 sahaja, anggaran dia lebih kurang RM70,000 hingga RM90,000.
Kenapa harga dia cecah RM80,000 adalah kerana saiznya yang kecil. Mana-mana jenama mewah, untuk beg yang bersaiz kecil akan dijual dengan harga yang lebih mahal.
Dalam pada itu, Mirzan mencuri perhatian apabila ‘terkesima’ dengan tindakan Wawa yang hanya meletakkan harga beg ribuan ringgit itu di atas jalan tar.
Saya tak kisah pasal harga beg itu, yang saya kisahkan ialah kenapa Wawa letak beg itu atas lantai? Macam itu ja dia ‘gula-gulakan’ beg ini.
Saya nak letak beg yang dibeli dengan harga RM5 atas lantai pun fikir 10 kali, Wawa selamba ja letak beg mewah dia atas lantai.
Video
@mirzanjohor Jom skodeng koleksi bag Wawa Zainal pula kali ni #bag #review #spotter #rich #luxury ? original sound – MirzanJohor I Iconluxe.my