Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram bukan sahaja jaguh dalam bidang muzik malah turut jaguh dalam sukan snuker.
‘Champion’ dalam kalangan selebriti
@immortal_cue Jahat bola dia ???? #immortalcue # #cuesnookermurah #cuesnooker #masukberanda #snookerplayer? #fyp #ikuttrend #viral #malaysiasnooker #snookerskills #snookerplayer #foryoupage #immortalcuemalaysia #immortalcuethailand #fyp? #snookermalaysia #malaysiasnookers #snookermalaysia?? #celebritiessnookertournament #celebritysnooker #celebritiessnooker ? original sound – madivtrn
Buktinya, Tok Ram berjaya memenangi Kejohanan Celebrity Snooker 2.0 selepas menewaskan pemain dram kumpulan Wings, iaitu Black di peringkat akhir kejohanan itu pada 30 Jun lalu.
Aksi hebat Tok Ram itu turut dirakam dan dikongsikan melalui akuan rasmi pengajur kejohanan tersebut iaitu @immortal_cue menerusi TikTok.
Dapat dilihat, gaya permainan Tok Ram begitu hebat persis seorang pemain profesional sehingga berjaya merangkul gelaran juara.
Patutlah ‘champion’, (dia) tengok bola pun dah tahu (nak tolak ke mana).
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya tidak menyangka Tok Ram begitu jaguh dalam permainan snuker.
Sekadar info, Tok Ram atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000 ringgit selepas menewaskan Black Wings dalam satu permainan yang sangat sengit.
Kemenangan Tok Ram itu sekaligus menggagalkan cubaan penyampai radio Hot FM iaitu Johan untuk mengekalkan gelaran juara bertahan bagi kejohanan tersebut.
Lebih menarik, Kejohanan Celebrity Snooker 2.0 yang dianjurkan bersama oleh DJ Snooker Academy dan Immortal Cue ini turut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pembangunan Belia dan Sukan iaitu YB Haji Mustapha Nagoor dan turut dihadiri Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) iaitu Zed Zaidi.
Komen netizen