Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tolak Anak Di Aiport Mumbai, Sikap Aishwarya Rai Dikritik Ramai

    [VIDEO] Tolak Anak Di Aiport Mumbai, Sikap Aishwarya Rai Dikritik Ramai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dikenali sebagai ibu penyayang, aktres Aishwarya Rai baru-baru ini berdepan dengan kritikan ramai selepas video dia bersama anak perempuannya, Aaradhya Bachchan di Lapangan Terbang Mumbai menjadi tular.

    Sebagai rekod, Aishwarya dan suaminya, Abhishek Bachchan ditemui di lapangan terbang bersama anak mereka selepas pulang daripada percutian Tahun Baru.

    Ketika mereka bertiga berjalan menuju ke arah kereta, video yang merakamkan adegan itu tersebar dalam talian, hingga mencetuskan pelbagai respons daripada peminat dan pengguna media sosial.

    Foto – DNA India

    Dalam video tersebut, ketika mereka sedang berjalan, Aaradhya tiba-tiba melompat telah menarik perhatian ramai. Kemudian Aishwarya pula bertanya padanya jika ada individu yang menolaknya.

    View this post on Instagram

    A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)

    Selepas itu, Aishwarya dilihat menolak anaknya ke tepi untuk berjalan ke hadapan. Sikapnya itu mencetuskan banyak kritikan, dengan beberapa warganet mempersoalkan tindakan aktres.

    Ada yang mengatakan aktres itu menolak anaknya kerana mahu memberi ruang untuk dirinya berjalan dan menjadi tumpuan dalam video yang dirakam.

    Apa pendapat kamu?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts