Penyanyi, Tom baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata keempat di Hospital Sungai Buloh, pada pagi Ahad.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok turut memaparkan dirinya bersama bayi perempuan yang diberi nama Anggun.
“Harga Pun Sangat Murah Macam Biasa..”
Tulis Tom, dia menitipkan ucapan terima kasih buat pihak hospital yang banyak membantu prosesnya melahirkan bayi secara pembedahan, malah turut memuji servis hospital kerajaan yang sangat teliti dalam melaksanakan tugas.
Terima kasih banyak-banyak Hospital Bersalin Sungai Buloh. 6 hari di sini. Melahirkan baby Anggun secara pembedahan. Terima kasih untuk layanan yang baik dari semua doktor dan jururawat. Cek pun detail habis.
Harga pun sangat murah macam biasa. Sebab tu Tom pilih hospital kerajaan. Dah tahu dan dah biasa. Tip top sangat.”-kongsi Tom
@rajakingtom Tq very2 much hospital besalin sungai buloh.. 6 hari di sini.. melahirkan baby Anggun secara pembedahan… tq untuk layanan yg baik dari smua dktr n nurse.. check pun detail habis… harga pun sgt murah mcm biase…. Sbb tu tom pilih hspital kerajaan.. dh tau n dah biasa.. tip top sgt..love sgt…
♬ original sound – Tom – Tom
Mohon Doa Orang Ramai
Mula berpantang di kediaman sendiri selepas dibenarkan discaj dari hospital, Tom turut memohon doa orang ramai mendoakan dirinya agar luka selepas bersalin yang dihadapi diberikan kesembuhan.
“Bermula lah rutin bangun tengah malam. Nasib baik Fuad Rahman pandai buat. Tom pulak czer. Baru tau azab czer susahnya nak bangun bergerak selaju beranak normal.
Doakan Tom cepat sembuh luka. Sakit sangat baru tau.”-tulis Tom di Instagram
Sekadar info, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu di Batam, Indonesia.
Tom sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki dari hasil perkahwinan terdahulu.
Manakala, Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali serta mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama.