Pelakon, Tony Eusoff berkongsi kisah perjalanan hidupnya sebagai seorang anak seni di dalam industri yang penuh dengan cabaran dan saingan.
Gaji pertama
@malaysianpaygap Zaddy Tony ?? happy 20th anniversary as an actor!! #tonyeusoff #actor #salarytransparency ? original sound – MalaysianPAYGAP
Menerusi hantaran di TikTok, Tony atau nama lengkapnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman menyatakan dia meraih RM18,000 ke RM25,000 selama tiga bulan untuk gaji awal sebagai anak seni.
Orang rasa itu jumlah yang bagus tapi kita sebagai anak seni tidak dapat bekerja setiap hari.
Ujar pelakon berusia 47 tahun itu, hidup sebagai anak seni tidak bertahan lama.
Menurutnya, industri di Malaysia tidak mengamalkan sistem royalti.
Tony raih RM60,000
Pelakon filem ‘The Experts’ itu turut mendedahkan jumlah yang diperoleh dalam industri penerbitan.
Ada satu projek ini tapi saya tidak mahu cakap rancangan apa.
Projek ini kontrak yang bernilai RM60,000.
Bunyi memang banyak tapi ini kerja untuk 6 bulan.