Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tracie Sinidol Tak Fikir Soal Jodoh, Mahu Fokus Pada Kerjaya &...

    [VIDEO] Tracie Sinidol Tak Fikir Soal Jodoh, Mahu Fokus Pada Kerjaya & Banggakan Keluarga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Tracie Sinidol mengakui tidak terfikir soal jodoh dalam masa terdekat sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerjaya.

    Tracie tak fikir soal jodoh

    Ketika ditemui , Tracie yang kini berusia 23 tahun memaklumkan bahawa niat utamanya menjadi anak seni adalah untuk membanggakan kedua ibu bapanya serta mahu memberi kesenangan kepada keluarga.

    Saya masih muda dan fokus saya adalah kepada kerjaya untuk banggakan keluarga. Niat saya masuk dunia lakonan pun sebab nak beri kehidupan yang bagus kepada keluarga.

    Jelas pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta ini lagi, sol jodoh dan perkahwinan bukanlah keutamannya buat masa ini.

    Bila saya ada di sini sebagai anak seni, fikiran saya cuma nak berjaya dan menjaga nama baik saya dan keluarga. Saya fikirkan perkembangan karier saya.

    Tracie Sinidol berkata sedemikian ketika ditemui di satu majlis bersama pelakon Luruhnya Bunga Cinta 2 yang diadakan di Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Ciri-ciri lelaki idaman Tracie

    Apabila ditanya perancangan umur untuk mendirikan rumah tangga, Tracie menjelaskan dia tidak meletakkan apa-apa target sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

     Kalau saya jumpa seseorang pun, saya mahu lelaki yang bersama-sama saya untuk capai impian sebab saya ni kalau suka seseorang, saya akan fikir ke hadapan.

    Dalam pada itu, Tracie sempat berkongsi berkongsi tentang karakter dan ciri-ciri lelaki idaman yang dimahukannya untuk dijadikan sebagai suami

    Saya suka lelaki yang prihatin, lemah-lembut dan tidak merendahkan saya. Contohnya bila saya tak tahu sesuatu perkara, dia akan memberi tunjuk ajar.

    Lelaki itu juga perlu dekat dengan Tuhan dan sosok seperti seorang bapa yang menjaga anaknya.

    ALSO READ:  David Bayu Teruja Nak ‘Perform’ Di Festival Muzik Nyalafest 2024

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts