Penyanyi terkenal Korea Selatan, Taeyang baru sahaja selesai mengadakan konsert ‘Taeyang 2024 Tour (The Light Year) in Kuala Lumpur yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu.
Nyanyi lagu Sheila Majid
View this post on Instagram
Apa yang menarik ialah, Taeyang berjaya menggamatkan suasana apabila dia mendendangkan lagu ‘Antara Anyer dan Jakarta’ nyanyian asal penyanyi, Datuk Sheila Majid.
Menerusi video dimuat naik akaun peminatnya di Instagram (IG), anggota kumpulan Big Bang itu dilihat turut menukar bait lirik utama lagu tersebut menjadi ‘Antara Seoul dan Malaysia’.
Kekreatifan Taeyang menukar bait lirik untuk menunjukkan rasa cintanya kepada Malaysia telah mendapat sorakan gamat daripada penonton.
Hantaran tersebut kemudiannya tular malah turut meraih perhatian Sheila Majid.