Tiada yang lebih romantik daripada melamar kekasih yang kita cintai di konsert artis yang kita suka. Lagi seronok bila ramai penonton yang sporting memberi sokongan.
Seperti semua sedia maklum, kumpulan rock yang berasal dari Britain, Coldplay, telah mengadakan konsert yang dinanti-nantikan peminatnya pada malam semalam (22 November).
Konsert yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil ini telah membuatkan ribuan peminatnya di Malaysia terpukau. Chris Martin telah menyanyikan 26 buah lagu selama 2 jam persembahan.
Walaupun penonton begitu teruja menghayati persembahannya bagi malam tersebut, tumpuan penonton akhirnya berubah ke arah dua pasang kekasih yang melamar teman wanita mereka ketika persembahan lagu berjuldul Yellow.
Momen romantis ini telah dikongsikan oleh pengguna akaun X iaitu @IsmanKamarul.
COUPLE GOT ENGAGED WAKTU YELLOW GUYS!
MY SECTION 202 OKAY
CONGRATS TO THE COUPLE 💕💕💕#COLDPLAYinKL –#ColdplayKualaLumpur pic.twitter.com/r0tmy6iMls
— Kai (@IsmanKamarul) November 22, 2023
Lamaran tersebut dilakukan ketika lelaki itu melutut di hadapan teman wanitanya dan mengeluarkan cincin daripada kotaknya. Sambil tersenyum malu, wanita berkenaan mengangguk tanda dia menerima lamaran tersebut lalu mereka berpelukan.
Tahniah kepada pasangan yang dilamar malam semalam! Semoga berbahagia bersama kekasih yang dicintai.
Walaubagaimanapun, dikalangan warga X (dulu dikenali dengan twitter) ramai menyuarakan rasa tidak puas hati melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan ini. Cemburu mungkin?
Sementara itu, peminat meluahkan rasa kagum dengan konsert kerana begitu bersedianya kumpulan itu untuk berinteraksi dengan penonton. Konsert yang dinanti-nantikan itu telah memukau lebih 75,000 penonton konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.