Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tular Semula Harga Beg Tangan ‘Hermes Birkin’ Milik Vivy Yusof –...

    [VIDEO] Tular Semula Harga Beg Tangan ‘Hermes Birkin’ Milik Vivy Yusof – ‘Harga Dia Dalam RM136,000’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di kala nama pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menjadi bualan susulan isu kerugian pelaburan dana awam, tular kembali potongan video memaparkan pempengaruh, Mirzan Johor yang mendedahkan harga beberapa beg kepunyaan usahawan itu di media sosial.

    ‘Total’ beg berharga RM320k

    Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna yang dikenali sebagai Aliff Ahmad memuat naik semula video Mirzan yang memaklumkan bahawa jumlah bagi empat buah beg tengan kepunyaan Vivy mencecah RM320,000.

    Beg pertama ini ialah ‘Hermes Birkin’ saiz 30 berwarna biru dan harga beg ini dalam Rm100,000 sahaja.

    Agak ganaslah kalau beg macam ini anda bawa pergi ‘travel’. Jadi, saya sangat menghormati Vivy kerana berani memiliki beg berwarna ini.

    Okay baiklah beg (kedua) ini saiznya adalah sama dengan beg berwarna biru tadi tetapi disebabkan warna dan juga bahan yang digunakan agak mahal jadi harganya dalam RM136,000.

    Jadi sama-sama kita kira guna kalkulator berapa jumlah harga beg tangan Vivi.

    Yang pertama RM136,000, beg yang kedua berharga RM100,000, yang ketiga adalah RM57,000 dan yang keempat berharga RM28,000. Jumlah keseluruhan harga beg tangan Vivy ialah RM320,000.

    Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya mula membangkitkan isu mengenai kerugian pelaburan dana awam melibatkan syarikat kendalian Vivy dan suaminya di ruangan komen.

    Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

    Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.

    Susulan itu, warganet mendesak Vivy dan Fadza untuk memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan berkenaan.

    Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

    ALSO READ:  Norman Hakim Meminta Maaf Kepada Abby Abadi - 'Saya Bertanggungjawab Jika Semua Ini Khilaf Saya'

    Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts