Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tular Semula Video Usik Ruhainies ‘Penyondol’, Janna Nick Beri Respon –...

    [VIDEO] Tular Semula Video Usik Ruhainies ‘Penyondol’, Janna Nick Beri Respon – ‘Ini Ujian Mereka & Tak Nak Jadikan Ia Bahan Jenaka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    jannajanna

    Berikutan kontroversi antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz, tular semula video Janna Nick mengusik aktres itu semasa mengacarakan program Family Duo 3 yang bersiaran pada tahun lalu.

    Isu semasa

    jannajanna

    Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menjelaskan bahawa ketika mengacarakan program tersebut dia tiada sebarang niat untuk memerli Ruhainies malah ianya hanyalah sekadar gurauan.

    Video tu video lama, apa yang ulaskan itu tak ada niat untuk menyindir atau nak ‘tumpahkan tea’ pun tidak.

    Sebenarnya, ia hanya gurauan dan mengikut isu-isu semasa ketika itu.

    Aktres berusia 29 tahun itu berkata, gurauan tersebut sama sekali bukan untuk menyindir Ruhainies kerana di antara mereka sudah pun tiada sebarang persengketaan.

    Saya dengan Ruhainies ketika itu telah pun berdamai, tidak ada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa pula saya nak menyindir dia dengan perkara-perkara yang tidak baik.

    Mungkin perkara itu terkena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik.

    Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal tersebut juga menzahirkan rasa simpati terhadap rakan-rakan artis yang terbabit dengan kontroversi berkenaan.

    Kalau boleh jangan palitkan saya dengan isu in sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak.

    Sebab saya anggap ini semua adalah ujian untuk mereka dan kita tak nak jadikan ia sebagai bahan jenaka. Saya takut ujian itu akan berbalik kepada kita.

    Terdahulu, video yang memaparkan Janna sedang mengusik Ruhainies sebagai penyondol tular susulan ramai warganet mendakwa Janna telah mengetahui tentang isu curang tersebut lebih awal.

    ALSO READ:  Kongsi Gambar Bersama Keluarga Kekasih Di IG, Netizen Syak Nina Ismail Sabri Bakal Mendirikan Rumah Tangga? – ‘Tahniah Nina’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts