Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tun M Puji Filem ‘Walid’, Sempat Tunjuk ‘Skills’ Silat Dengan Pelakon

    [VIDEO] Tun M Puji Filem ‘Walid’, Sempat Tunjuk ‘Skills’ Silat Dengan Pelakon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini sebuah majlis Malam Gala Tayangan Perdana filem berjudul ‘Walid’ diadakan di GSC, Starling Mall, Petaling Jaya. Walaubagaimanapun, filem Walid ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 14 September 2023. Walid, sebuah filem Layar Pictures arahan Areel Abu Bakar mengangkat kisah penculikan kanak-kanak membabitkan sindiket pemerdagangan manusia.

    VIA FB Tun M

    Namun sebelum ia ditayangkan kepada umum, pihak produksi telah memberi penghormatan kepada negarawan dan mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad secara eksklusif menonton filem ini. Di laman Facebook peribadi beliau, Tun M memberitahu dia diberi kesempatan menghadiri sesi pra-tonton bersama pelakon-pelakon, kru produksi dan pengarahnya, saudara Areel Abu Bakar di IOI City Mall Putrajaya.

    “Petang tadi saya hadir sesi pra-tonton filem berjudul “Walid” atas jemputan pengarahnya, saudara Areel Abu Bakar di IOI City Mall Putrajaya. Filem ini telah terlebih dahulu ditayangkan di Film Village, New York dan Leammle Glendale, Los Angeles pada Julai dan Ogos yang lalu.”

    Tun M Puji Jalan Cerita

    VIA FB Tun M

    Selepas menonton, Tun M memuji jalan cerita filem ini yang sangat menarik. Malah dia tidak menyangka dengan bakat besar dimiliki oleh pelakon cilik, Putri Qaseh Izwandy yang memegang watak sebagai Aisha.

    “Saya dapati filem dihasilkan oleh anak Malaysia ini sangat menarik dari segi jalan cerita, penyampaian mesej, teknologi digunapakai dan aksinya. Aksi silat selama satu jam juga diselitkan dalam filem ini, ianya dilakukan oleh pakar dalam aksi seni silat dan senjata. Kita sebenarnya punyai bakat hingga anak kecil pun handal mendalami watak lakonan.”- kata beliau.

    Dalam sebuah foto yang dimuatnaik di Facebooknya, Tun M sempat bergurau dengan menunjukkan kemahiran bersilat kepada pelakon Megat Shahrizal. Megat memegang watak sebagai Walid dalam filem ini yang merupakan seorang guru.

    ALSO READ:  Michael Ang Tak Boikot, Sedia Kerjasama Dengan Ruhainies – ‘Cuma Belum Ada Naskhah Yang Sesuai Dengan Bakat Dia’
    VIA FB Tun M

    Aksi lucu Tun M juga sempat dirakam oleh pengguna Instagram @ahmadfazlimohamad yang sama-sama menyaksikan pra-tonton filem.

    Harapan Tun M

    Dalam pada itu,  beliau berharap filem berkualiti seperti ini lebih banyak dihasilkan pada masa hadapan.

    “Saya harap di masa hadapan akan lebih banyak filem berkualiti seperti ini dihasilkan di Malaysia. Harapan saya industri filem di Malaysia ini akan terus maju sebaris dengan filem antarabangsa.”- pesannya.

    Tun M turut meluahkan rasa bangganya apabila filem “Walid” akan berada di mata dunia dengan menyambung tayangan di London dan Uzbekistan.

    “Walid” akan ditayang di seluruh Malaysia bermula 14 September 2023 nanti. Saudara Areel maklumkan filem ini akan sambung tayangan di Stratford Picturehouse, London pada 10 September 2023 untuk UK Premiere dan kemudian di Tashkent International Film Festival, Uzbekistan pada 29 September hingga 2 Oktober dan juga akan ditayangkan di ‘World Cinema Days’.

    “Saya harap karya anak tempatan seperti ini mendapat sambutan dan sokongan di seluruh negara. Tahniah saya ucapkan kepada pengarah, barisan pelakon dan pasukan produksi filem Walid. Syabas dan Malaysia Boleh.”- kata sebagai penutup bicara.

    VIA FB Tun M

    Terdahulu, filem Walid mencipta kejayaan dan membawa kebanggaan kepada nama Malaysia apabila ia ditayangkan di dua lokasi pawagam di Amerika Syarikat iaitu New York dan Los Angeles pada Julai lalu.


    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts