Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tunku Azizah Nasihat Pelajar Ambil Iktibar Kes Buli Di UPNM –...

    [VIDEO] Tunku Azizah Nasihat Pelajar Ambil Iktibar Kes Buli Di UPNM – ‘Sia-Sia Masuk Universiti Lepas Itu Ke Tali Gantung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Susulan kes buli sehingga maut yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Tengku Ampuan Pahang, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitipkan nasihat untuk mahasiswa agar mengambil iktibar daripada kes tersebut.

    Titip nasihat

     

    View this post on Instagram

    A post shared by KESULTANAN_PAHANG (@kesultanan.pahang)

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Tunku Azizah memberi nasihat tersebut ketika berangkat bercemar duli ke Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang pada Jumaat.

    Dalam titah yang sama, Tunku Azizah berpesan agar setiap penuntut universiti perlulah berfikir akan masa depan mereka dengan tidak bertindak melampaui batas kerana ia akan memberi kesan terhadap diri sendiri.

    Saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua anak-anak yang baru masuk kerana baru-baru ini anda semua telah baca dalam surat khabar mengenai apa yang telah terjadi tujuh tahun lalu di UPNM, jadi saya harap ambillah iktibar apa yang telah terjadi.

    Kerana sia-sia sahaja awak masuk ke universiti dan selepas itu ke tali gantung kerana tidak fikir apa yang awak buat itu akan memusnahkan diri awak sendiri.

    Jadi saya harap semua jangan lakukan begitu ya. Anggap sebagai adik-beradik dan saya sebagai seorang ibu. Saya menasihati kalian semua untuk kebaikan.

    Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

    Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

    ALSO READ:  Remaja Mengaku Rogol Rakan Bawah Umur Sebanyak 3 Kali Di Hotel

    Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

    Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts