Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tutorial Tudung Nabila Razali, Curi Perhatian Ramai!-“Cantiknya Dia Walaupun Tengah Mengandung”

    [VIDEO] Tutorial Tudung Nabila Razali, Curi Perhatian Ramai!-“Cantiknya Dia Walaupun Tengah Mengandung”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia.

    Nabila Razali memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian terbitan ASTRO. Namanya terus dikenali ramai apabila lagunya layak menyertai Anugerah Juara Lagu. Dahulu Nabila Razali bernaung dibawah syarikat rakaman Seventeen Eleven Music pada tahun 2016 sehingga 2020, manakala meneruskan kerjayanya bersama syarikat Nabila Razali Entertainment sehingga ke hari ini.

    Beliau juga, telah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz. Dikatakan perkenalan mereka berdua hasil ‘dikenalkan’ daripada rakan-rakan rapatnya.

    “Suka Tengok Dia Tengah Mengandung, Berseri-seri”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Nabila Razali yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 938 ribu, tanda suka sebanyak 42 ribu dan sebanyak 390 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Nabila Razali yang sedang bersiap-siap dengan memakai busana berwarna hitam putih.

    GRWM: Nabila Razali’s Back to Basic Style Tips 🤍 | TikTok

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa wajah Nabila Razali tampak semakin berseri-seri ketika sedang hamil.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts