Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tya Adnan Beli Kelengkapan Jenazah, Netizen Sebak!-“Menitis Air Mata…”

    [VIDEO] Tya Adnan Beli Kelengkapan Jenazah, Netizen Sebak!-“Menitis Air Mata…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini isteri kepada aktor Shukri Yahaya, iaitu Tya Adnan mencetuskan rasa sebak netizen di media sosial.

    Tya Adnan atau nama penuhnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dirinya yang membeli kelengkapan jenazah sebagai ‘baju terakhir’ manusia kelak.

    “Kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. Tapi kita lupa akan ‘baju terakhir’ kita.

    Tarikh kematian yang dirahsiakan. Yang tak siapapun tahu. Bila dan di mana kejadiannya. Boleh jadi hari ini adalah hari terakhir kita.”-kapsyen Tya di TikTok

    @tyaadnan

    kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. tapi kita lupa akan “baju terakhir” kita.. @bajuterakhirofficial tarikh kematian yang dirahsiakan. yang tak siapapun tahu. bila dan dimana kejadiannya. boleh jadi harini adalah hari terakhir kita .. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ @bajuterakhirofficial

    ♬ The beauty of existence sped up – vocals only 🫶🏼

    “Subhanallah Tya Adnan Dah Berniqab”

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan hantaran Tya, malah ramai yang berkongsi rasa kagum dengan penampilan terkini isteri Shukri Yahaya yang mengenakan niqab.

    “Tya Adnan? Wife Shuk ke ni? Allahuakbar. MasyaAllah. Hebat betul plan Allah dalam hidup dia.”

    “MasyaAllah, saya sampai tak percaya ni isteri Shukri Yahaya. Sanggup buka profile naik tengok. Semoga istiqomah dan doakan kami semua juga ya kak.”

    “Subhanallah Tya Adnan dah berniqab.”

    “Bagusnya Tya ni sekarang. Kita yang dah lama hijrah ni pun tak macam dia 😭”

    “Baju terakhir tu yelah kain kafan yang menutup kita masanya akan tiba bila kita pergi ke Negeri abadi.”

    “Menitis air mata dan meremang seluruh badan. Kematian itu pasti tak lambat walaupun sesaat. Semoga Allah mengampuni semua HambaNya ❤️.”

    Sekadar info, Tya Adnan dan Shukri Yahaya telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Putrajaya. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Harris Alif ‘Tegur Manja’ Intan Ladyana Raih Perhatian Ramai!-“Mummy, Cari Barang Lagi?”

    Sama-sama kita doakan agar Tya terus istiqomah dalam melakukan kebaikan…Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts