Pasangan usahawan, Tya Arifin dan Asyraf Khalid dikritik netizen gara-gara membincangkan isu rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura menerusi sebuah program podcast yang dikendalikan oleh mereka berdua, baru-baru ini.
Tulis Tya menerusi hantaran di Instagram, podcast yang dibahaskan oleh dia dan Asyraf mengangkat isu-isu semasa yang menjadi bualan khalayak ramai serta melihat dari dua perspektif di dua cerita.
“Podcast ini menjadi ruang untuk kita kita boleh melihat dan membahas di satu cerita dengan sudut mata masing-masing.”-tulis Tya di Instagram
View this post on Instagram
“Tak Payah La Buat Podcast Pasal Rumah Tangga Diorang…”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen apabila mengkritik pasangan ini menjadikan isu rumahtangga orang lain sebagai topik perbincangan.
“Tak perlu la jadikan rumah tangga orang lain sebagai modal topik perbincangan.”
“Tak payah la buat podcast pasal isu rumah tangga diorang yang tengah hangat. Takut-takut nanti kain sendiri yang terselak.”
“Kita pun ada rumah tangga sendiri. Tak takut ke main petik hal rumah tangga orang lain ek.”
“Sentuh isi rumah tangga orang je. Bosan!”
“Orang buat podcast, nak jugak tapi topik merepek. Hal rumah tangga orang kau buat topik?.”
“Motif sangat clickbait macam tu, kemon laa.”
Apa komen anda?