Perkongsian pelakon dan usahawan, Tya Arifin di media sosial mencuri perhatian netizen di media sosial, baru-baru ini.
Tya Arifin, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok turut memaparkan gelagat ibu mentuanya yang juga penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sedang menyediakan hidangan masakan tengah hari buat mereka sekeluarga di kediaman Siti.
“Thank you Mak Iti masakkan lunch. 1000/10 salted egg crab air tangan Mak Iti. Sedap sangat.”-kapsyen Tya di TikTok
@tyaarifinnw Thank you mak iti masakkan lunch 😍 1000/10 salted egg crab air tangan mak iti @Siti Nurhaliza sedap sangat🥹 #fyp #saltedegg #tyaarifin #sitinurhaliza #ctdk #asyrafkhalid #izaraaishah #malaysia #indonesia
♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
“Suka Tengok Kedekatan Tya Dengan Mentuanya…”
Perkongsian Tya ini dibanjiri dengan komen netizen yang memuji hubungan Tya yang rapat bersama ibu mentuanya, selain ramai yang meluahkan rasa teruja melihat keluarga besar ini sering berkumpul bersama.
“Suka tengok kedekatan Tya dengan mentuanya Siti Nurhaliza.”
“Mula-mula ingatkan Mak Cik Salmah…”
“Contoh anak menantu terbaik.”
“Cukup lengkap semua adik beradik berkumpul.”
“Tok Ti ni suka menghargai orang. Dari dulu sampai sekarang itulah Tok Ti.”
“Ada pembantu rumah pun, still masak sendiri Mak Iti. Air tangan isteri buat suami sayang.”
“Sedapnya. Nak lagi air tangan biduanita negara yang masak. Untung anak menantu dapat merasa. Alhamdulillah.”
“Rajin Tya ni bagus betul boleh je duduk tak buat apa, orang gaji ada, tapi bagus Tya siap tolong lagi beruntung dapat menantu macam ni dah la cantik.”
Apa komen anda?