Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ucapan Anniversary & Permintaan Nabila Huda Dekat Suami Raih Perhatian Ramai!

    [VIDEO] Ucapan Anniversary & Permintaan Nabila Huda Dekat Suami Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pengacara hebat ini, iaitu Nabila Huda. Beliau mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis serta merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy yang merupakan vokalis utama dalam kumpulan Search.

    Nabila Huda memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di awal penglibatannya, Nabila menguruskan kerjayanya sendiri dan belajar mengenai seni lakonan ketika berada di lokasi penggambaran. Beliau tidak hanya duduk bersama pelakon lain, akan tetapi bersama semua individu yang terlibat termasuk jurukamera dan penulis skrip yang menjadikan setiap lakonannya berkesan dimata penonton.

    Sejak kebelakangan ini, Nabila Huda sering berkongsi video bersama anak daranya iaitu Kesha Laila yang kini berusia 14 tahun dan suami tercintanya di laman media sosial miliknya itu.

    “Terbaiklah Suami Dia, Selalu Buat Nabila Huda Ketawa”

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Nabila Huda yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 773 ribu, tanda suka sebanyak 36 ribu dan sebanyak 394 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Nabila Huda meminta suaminya untuk menari ‘shuffle’ dalam keadaan berkain pelikat. Nabila Huda juga sempat membuat ucapan di kapsyen video tersebut bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke 8 tahun.

    “Happy 8th anniversary to the one yang paling bersabar melayan dan bertahan dengan wanita yang paling drama, degil dan unpredictable mood swing bernama Nabila Huda bt Suhaimi”-kata Nabila Huda

    “Semoga terus kuat bersabar sampai akhir hayat ya sayang! The Best husband goes toooo, haha i love you so much Mohd Izwan”-tambah Nabila Huda

    “Sayang, cepat sayang shuffle ke jalan yang benar”-permintaan Nabila Huda

    @abilsuhaimi

    Happy 8th anniversary to the one and only yang paling bersabar melayan dan bertahan dengan wanita yang paling drama , degil dan unpredictable mood swing bernama Nabila Huda bt Suhaimi..Semoga terus kuat bersabar sampai akhir hayat ya sayang! The best husband goes tooooooo…*drumroll* haha! I love you so much Mohd Izwan..❤️ #Fyp

    ♬ original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

    Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat suami isteri itu. Mereka juga mengatakan bahawa pasangan ini sangat serasi bersama serta mendoakan agar berkekalan selamanya.

    ALSO READ:  “Kau Lah Manusia Paling Jahat Yang Pernah Aku Jumpa”- Nabila Huda Templak Rakan, Nama Nad Pula Yang Dipetik Netizen

    Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts