Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ulas Kisah Kematian Tragis Doktor Pelatih Di India, Dr Say Dedah...

    [VIDEO] Ulas Kisah Kematian Tragis Doktor Pelatih Di India, Dr Say Dedah Seorang Lelaki Hanya Boleh Hasilkan 10ML Air M*ni Per Ejakulasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebagai seorang doktor yang mempunyai pengalaman belajar di India, Dr Say Shazril tampil mengulas mengenai kisah kematian seorang doktor pelatih di Kolkata, India, baru-baru ini.

    Sungguh tragis

    Berdasarkan laporan statistik, Dr Say memberitahu lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku di India. Lebih menyeramkan, lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana stigma kepada wanita yang telah dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.

    Ujar Dr Say lagi, sebelum ini pernah berlaku satu kes melibatkan pasangan kekasih pelancong dari Sepanyol, apabila si teman wanita telah dirogol secara bergilir-gilir sewaktu berada di India. Teman wanita lelaki itu telah dirogol oleh tujuh orang lelaki.

    Terbaharu adalah kes yang berlaku pada 9 Ogos 2024, melibatkan seorang doktor wanita, Dr. Moumita Debnath di Kolkata.

    Rakan sekerjanya melaporkan kehilangan dia dan kali terakhir beliau dilihat menuju ke dewan seminar untuk berehat selepas 36 jam bekerja.

    Malangnya, mayatnya ditemui dalam keadaan yang sungguh tragis apabila laporan bedah siasat sahkan beliau dirogol dan dicekik hingga mati.

    Doktor malang ini kena bunuh dengan cara yang sangat ganas apabila badannya penuh dengan luka dengan mata berdarah, jari patah, mulut cedera dan yang paling tak sanggup nak bayang, dia juga alami pendarahan dekat bahagian kemaluan.

    Bukan itu sahaja, ada kecederaan di bahagian perut, tangan, muka dan kakinya dikepak jadi 90 darjah.

    Paling tidak boleh diterima sekali, 150ml air mani ditemui dalam tubuh dan beratus-ratus kesan gigitan manusia.

    Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut menjelaskan bahawa seorang lelaki hanya boleh hasilkan 10ml air mani per ejakulasi.

    Bayangkan, betapa ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti yang memalukan ini. Berdasarkan laporan terbaharu, hanya tiga orang suspek sahaja yang berjaya ditangkap buat masa ini.

    Kes-kes sebegini seperti sudah tidak dapat dibendung lagi oleh kerana sistem rasuah di India malah turut dipaparkan dalam filem popular yang diadaptasi dari kisah benar, Gangubai Kathiawadi dibintangi oleh Alia Bhatt. Antara petikan ayat yang sangat mendalam dalam filem ini adalah…“Ikat kedua-dua kaki wanita itu dengan ketat, kerana lelaki tidak boleh dipercayai meskipun dengan mayat..”

    Dr Say turut memberi pesanan kepada semua terutama kaum wanita yang berhasrat mahu melancong ke India terutama di kawasan pedalaman agar lebih berhati-hati.

    ALSO READ:  Remy Ishak Kini Tampil Bertindik Hidung, Isteri Nafi Suami Cari Perhatian Untuk Naikkan Nama

    Video

    @say_shazril0

    Bukan sahaja di India tapi di negara kita sendiri pun dah makin gila & bahaya. Always jalan beramai2, sentiasa inform family members keberadaan kalian & jauhi tempat2 gelap & sunyi. Kes di Kolkata ini cukup mengerikan yg kalau doktor sendiri pun tak selamat, apetah lagi wanita bekerjaya di luar sana. Apa nak jadi ni peeps?

    ? original sound – say_shazril – say_shazril

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts