Umum mengetahui, anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah Saiful Anuar, layak ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.
Terbaru, Umai berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas di pertandingan berprestij itu. Tahniah!
Bawa pulang pingat emas
Umai yang mengenakan busana daripada Razman Razmi di pentas akhir itu mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin. Menerusi persembahan tersebut, Umai berjaya merangkul pingat emas bagi kategori vokal sekali gus menewaskan empat lagi finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.
Kemenangan Umai itu turut dikongsi Siti Nurhaliza di media sosialnya. Menurut Siti, dia berasa bangga melihat kejayaan yang diraih anak saudaranya itu. Siti turut mengucapkan tahniah kepada Umai kerana berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.
Terdahulu, ibu Umairah iaitu Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat, sekali gus mengharumkan nama negara.
Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi kategori R&B.
Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain.
Menurut Sairah, dia berasa bangga melihat kejayaan Umairah setakat.
Video
View this post on Instagram