Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Umie Aida Nasihat Orang Ramai Jangan Masuk Campur Urusan Fattah &...

    [VIDEO] Umie Aida Nasihat Orang Ramai Jangan Masuk Campur Urusan Fattah & Fazura – ‘Tak Perlu Team A Atau B’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pergolakan rumah tangga antara pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.

    Titip doa

    @umieaida_9

    InsyaAllah doa yang baik semoga segalanya berjln dgn baik buat mereka berdua. Sayanggggg Faz & Fattah ??

    ? Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

    Menerusi hantaran di TikTok, aktres Datin Seri Umie Aida memuat naik video yang memaparkan Fattah sedang duduk di atas sofa.

    Rentetan isu yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini, Umie memohon agar semua pihak tidak mengganggu urusan pasangan selebriti itu.

    Adalah terbaik, kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui.

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Embun tersebut juga menitipkan nasihat supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen malah adalah lebih baik jika mendoakan kebahagiaan mereka.

    Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya.

    Cukup mendoakan yang baik-baik buat mereka.

    Tak perlu nak team A atau team B. Sayang Fazura dan Fattah.

    Untuk info, Umie dan Fattah digandingkan bersama menerusi drama Lelaki Melayu Terakhir yang ditayangkan di TV3.

    Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

    Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

    Sehinggalah pada pagi Jumaat, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    ALSO READ:  Ramona Shakilla Khoriri Resmi Dinobatkan Sebagai Isteri Fariz

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts