Pempengaruh Umisya Mazlan memaklumkan bahawa dia dan suaminya Aslam bakal menimang cahaya mata ketiga.
Cahaya mata ketiga
@umsymzln Dari anak 1 sampai yg sekarang, ni fav moist misya yang sesuai untuk ibu mengandung so boleh achieve glass skin? #skintificmy
? original sound – Umisyamazlan – Umisyamazlan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Umisya sedang mempromosikan produk pelembab kulit.
Ibu muda itu kemudian berkata produk tersebut sesuai digunakan untuk wanita mengandung, sekaligus mengiyakan khabar angin sebelum ini yang mendakwa dirinya sedang hamil.
Satu benda yang saya takkan tinggalkan adalah rutin penjagaan muka saya. Saya akan gunakan pelembab dari saya mengandung anak pertama hingga ketiga ini.
Yang penting sesuai untuk ibu mengandung, sebab itulah saya pakai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan berita gembira tersebut selain mendoakan Umisya dan bayinya sentiasa sihat.
Misya hamil ke? Alhamdulillah tahniah!
Patut nampak berisi sikit, rupanya betul hamil.
Saya doakan semoga Misya dan bayi sihat-sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kali ini baby girl. Amin.
Terdahulu, Umisya memberi bayangan seakan sedang melalui fasa berbadan dua apabila dia mengidam untuk menikmati makanan daripada sebuah restoran terkenal.
Imbas kembali, madunya Marissa Dania baru sahaja kehilang bayi sulung ketika dilahirkan pramatang. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Aslam kemudian mengesahkan berita kematian anak sulung mereka dan meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung berita tersebut.