Umum mengetahui, acara yang paling dinanti-nantikan oleh peminat dunia fesyen tempatan, iaitu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 baru sahaja melabuhkan tirainya selepas ‘berkampung’ selama tujuh hari di Esplanade Suria KLCC yang terletak berhadapan dengan kawasan air pancut popular pusat beli-belah berkenaan.
Ummi Nazeera, antara selebriti yang turut menjadi tetamu serta model pada acara tahunan berkenaan, turut berkongsi beberapa momennya menerusi hantaran di Instagram.
“Hantaran terakhir saya untuk #KLFW2024 😂. Kini saya harus mula membaca skrip.”-kapsyen Ummi di Instagram
View this post on Instagram
“Meremang Saya Tengok Ummi Cakap Ada Wuduk…”
Namun, segelintir netizen di ruangan komen perasan dengan salah satu video yang dikongsikan Ummi, memaparkan dirinya yang tidak bersalaman dengan salah seorang kru acara fesyen berkenaan dengan menyatakannya sedang berada dalam keadaan mempunyai wuduk.
Walaupun begitu, ramai yang memuji penampilan Ummi yang kelihatan jelita pada acara berkenaan.
“I ada wuduk, jaga wuduk 😍.”
“Meremang saya tengok Ummi cakap ada wuduk. My idol 😍.”
“Cantiknya. Macam model magazine 😍.”
“Jawapan paling selamat!. Yang ‘itu’ pun kan hmm lupa la tu dia bukan yang asli.”
“Ingat kan yang nak salam tu perempuan. Sekali Ummi cakap ada wuduk, okay saya faham.”
“Ingatkan gambar first memang badan Ummi Nazeera bengkok, rupanya bila slide lah baju.”
“Tak pernah tak cantik.”
“Wow i like your fashion tudung akak Ummi Nazeera. So i like sangat.”
Apa komen anda?