Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan meluahkan rasa terkilan ketika menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka.
Air kotor
Menerusi perkongsian di Instagram, Aleeya akui terkejut apabila mendapati kualiti air yang keluar daripada paip dilihat sangat keruh dan berwarna kuning.
Air terpaling kotor di hotel mewah dan terkenal di dunia!
Lebih mengecewakan, Aleeya berkata situasi tersebut hanya disedari sejurus dia dan anak-anaknya selesai mandi serta memberus gigi.
Lepas gosok gigi, tekak saya mula terasa sakit dan gatal-gatal seperti ada sesuatu yang tidak kena sewaktu berkumuh.
Terdetik untuk periksa air, saya buka paip dan tadahnya di dalam sinki. Memang terkejutnya dibuatnya bila saya lihat betapa kotornya air paip milik sebuah hotel jenama terkemuka di dunia.
Dalam pada itu, Aleeya berkata bukan dia sahaja yang berdepan masalah tersebut, malah ahli keluarga dan kakitangannya yang menginap di bilik sama aras turut mengalami isu sama.
Video
View this post on Instagram