Bekas adik ipar kepada personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie Osman berkongsi momen apabila ketika dirinya menerima rawatan perubatan Islam akibat terkena ‘gangguan’.
Ayunie disihir?
@ayunieso24Dari lepas cerai yuni sengsara dengan sihir santau yang tak sembuh2 sehingga lepas kawin pun masih struggle Hakim bawa yuni berubat sana sini berhabis ribuan kos dah .? Very Sad – Enchan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok memaparkan Ayunie berada di sebuah pusat perubatan Islam dan ketika perawat sedang membacakan ayat suci Al-Quran, wanita ini dilihat berada dalam keadaan tidak tenteram malah menjerit seperti kerasukan. Kelihatan si suami, Hakim turut berada di sisi membantu isterinya itu.
Menurut Ayunie yang juga seorang usahawan, dia telah lama berdepan dengan gangguan sihir namun sehingga kini masih belum pulih meskipun pelbagai ikhtiar telah dilakukan.
Dari lepas cerai Yuni sengsara dengan sihir santau yang tak sembuh sehungga kepas kahwin pun masih struggle Hakum bawa Yuni berubat sana sini. Berhabis ribuan kos dah.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan Ayunie dan bayi dalam kandungannya.
Namun tidak kurang juga ada yang seakan tidak percaya dengan ‘gangguan’ yang dialami Ayunie. Mereka mendakwa wanita itu hanyalah ‘berlakon’ demi meraih simpati ramai.
Komen netizen
Sekadar info, Ayunie telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Hakim pada Mac lalu selepas empat bulan sah bercerai dengan bekas suaminya, Ahmad Weldan Zulkefli.
Untuk rekod, Ayuni mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Ahmad Weldan Zulkefli pada 29 Februari 2021 dan pada November 2023, mereka sah bercerai. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.