Penyanyi yang popular, Aina Abdul tidak memerlukan perkenalan kerana sudah dikenali oleh ramai orang di Malaysia. Kini namanya semakin terkenal kerana bakatnya dalam nyanyian dan penulisan lagu telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Aina Abdul juga dikenali dengan fesyen yang unik dan sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah salah seorang selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis fesyen, sesuatu yang tidak banyak selebriti yang berani untuk mencubanya.
Tidak hanya itu, setiap karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam dan muzik video juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.
“Ramai Tak Sabar Menunggu Kejutan Dari Aina Abdul Di AJL38 Nanti”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @dimas_andre_an telah mendapat perhatian ramai. Video ini telah meraih jumlah tontonan sebanyak 13 ribu, tanda suka sebanyak 875 dan sebanyak 22 komen.
Dalam video tersebut, Aina Abdul disambut oleh peminatnya, Ainations selepas berjaya menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu yang ke-38 menerusi lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ yang merupakan lagu hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul sendiri. Mereka juga menanyakan apakah konsep yang akan dibawa oleh Aina Abdul nanti.
“Aina diorang tanya konsep tahun ni, Air Terjun?, Ombak?-tanya Mereka
“Tak boleh bagitahu laaa”-jawab Aina Abdul
@dimas_andre_an Aina Abdul & Ainations moment! #sfmm38 #muzikmuzik38 #ainaabdul #ainations #fyp #fypシ #jmri #ajl38
Semoga kita semua diberkati di dunia dan di akhirat. Apa pendapat anda?