Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ustaz Adnin Selar Individu Canang Soal ‘Childfree’ Di Media Sosial –...

    [VIDEO] Ustaz Adnin Selar Individu Canang Soal ‘Childfree’ Di Media Sosial – ‘Sampai Ada Yang Merendah-Rendahkan Orang Ada Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    childfree adninchildfree adnin

    ‘Childfree’ merupakan isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini dan mendapat perhatian ramai pihak.

    Pandangan ustaz

    @adninroslan

    Sebarkan? #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

    ? original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

    Pempengaruh Islamik, Ustaz Adnin tampil memberi pandangannya tentang isu ‘childfree’ yang tular di media sosial.

    Kalau tak nak anak sebab ada trauma tertentu atau ada masalah ekonomi yang teruk atau tak bersedia ada anak sebab masalah kesihatan mental dan akan menzalimi anak, itu awak semua punya pasal.

    Tapi sunnah Nabi SAW untuk lahirkan zuriat dan itu antara tujuan perkahwinan bagi yang mampu. Kalau tak mampu lain cerita.

    Menurut Ustaz Adnin, dia sama sekali tidak bersetuju dengan segelintir individu atau pasangan suami isteri yang bertindak mendedahkan pendirian mereka berhubung isu berkenaan kerana boleh mengundang fitnah.

    Bukan itu sahaja, perkara tersebut telah memberi pandangan yang buruk terhadap mereka yang memiliki cahaya mata.

    Tapi yang jadi masalahnya adalah kenapa canang dekat satu dunia yang kau tak nak anak? Kenapa perlu anggap ‘childfree’ ni bagus.

    Kalau tak nak anak, diam-diam sudah lah. Sampai ada orang yang rendah-rendahkan orang yang ada anak. Ada yang kata, ‘anak ramai tapi tak terurus, dah la miskin tapi ramai anak..memang akan lagi miskinlah’.

    Itu belum orang kata anak tu beban, anak tu penghalang kebahagiaan. Kenapa sampai macam tu sekali benci pada anak dan pandang rendah kepada orang yang ada anak? Sampai bangga dengan ‘childfree’.

    Justeru itu, Ustaz Adnin berkongsi hadis Rasulullah SAW berkenaan zuriat dan merumuskan bahawa ada hikmah mengapa mempunyai anak adalah sangat dituntut di dalam Islam.

    Boleh jadi anak ini menjadi sebab kita masuk syurga. Kalau kita fikir dunia sahaja, kita hidup ini tak lama tapi kalau di akhirat baru kita tahu hikmah mengapa nabi menganjurkan kita untuk banyakkan zuriat.

    Duit yang kita ada takkan masuk kubur tapi doa anak yang soleh yang akan menemani kita dekat kubur nanti.

    Terdahulu, isu mengenai ‘childfree’ ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan wargamaya di aplikasi X selepas seorang individu menulis ciapan bahawa dirinya mencemburui ahli keluarganya yang mempraktikkan ‘childfree’.

    ALSO READ:  Apabila Cinta Terlarang, Dapatkah Khai Bahar & Sharifah Rose Temui Kemanisan Yang Diimpikan?

    Bukan itu sahaja, individu tersebut juga menganggap bahawa memiliki anak memerlukan wang yang banyak.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts