Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Baru Sedar Datang Haid Selepas...

    [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Baru Sedar Datang Haid Selepas Berbuka Puasa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan tentang hukum berpuasa bagi wanita yang baru sedar datang haid selepas waktu berbuka puasa.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Batal Puasa Kalau Pakai Lipstick? Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Viral Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum 

    Tersedar datang haid selepas berbuka puasa

    Menerusi hantaran di TikTok, Ustaz Azhar memberitahu ia terpulang kepada sangkaan seseorang itu sama ada haid berlaku sebelum atau selepas waktu maghrib.

    Malah, hukum ini juga sama bagi mereka yang baru tersedar aurat mereka terdedah selepas selesai menunaikan solat.

    Maksud berpuasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan dari waktu subuh sampai maghrib. Jadi lepas daripada berbuka barulah dia perasan haid, batal tak puasa tadi?

    Sama masalah seperti orang yang sembahyang. Lepas daripada sembahyang dia perasan kain koyak nampak paha maka paha itu aurat bagi laki-laki dan perempuan dalam solat.

    Jika berat sangkaan koyak itu sebelum memberi salam maka sembahyangnya batal. Jika berat sangkaan bahawa koyak itu berlaku selepas salam maka tidak batal.

    Jika sama berat antara sebelum salam atau selepas salam maka ikut suka nak pilih yang mana satu. Itu Fiqh.

    Namun, sekiranya seseorang wanita itu dapat merasakan tanda-tanda haid keluar sebelum waktu berbuka, maka terbatal puasanya.

    Jadi untuk masalah haid jika sudah berbuka dia tengok berdarah, boleh jadi haid itu keluar sebelum maghrib dan boleh jadi keluar selepas maghrib. Bila tidak ada kepastian hukumnya tidak batal.

    Tapi jika berat sangkaan sebab dia rasa macam leleh menunjukkan keluar haid sebelum berbuka, maka keluar sebelum magrib batal.

    Contohnya azan maghrib berkumandang dan haid keluar dulu maka batal. Kalau azan dulu sebelum haid maka tidak batal. Kalau serentak dalam waktu yang sama hukumnya sah.

    @abdmanbindin Selepas Berbuka Puasa Baru Perasan Keluar Haid #ustazazharidrus #puasa #ramadan #haid ? original sound – AbdulRahman

    ALSO READ:  ‘Childfree Adalah Ideologi Bodoh, Telah Guris Hati Pejuang Macam Saya’ – Achey

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts